MySejahtera kekal

MySejahtera kekal, turut mengandungi 15 modul untuk kegunaan masa depan

Kerajaan tidak bercadang menghapuskan aplikasi MySejahtera kerana ia akan terus berguna pada masa hadapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: MySejahtera tidak perlu dinyahaktif kerana terdapat banyak fungsi selain yang selalu digunakan untuk tu­juan imbasan kod QR bagi tujuan pengesanan kontaks rapat.

Menteri Kesihatan, Khairy Ja­maluddin berkata, aplikasi itu juga diguna sebagai pelaporan penilaian kendiri secara digital melalui Home Assessement Tool (HAT) dan dua bi­lion pelaporan telah dibuat sejak awal pandemik hing­ga sekarang.

Katanya, kalau seorang itu didapati positif mereka akkekalan mendapat Perintah Pengawasan Kendiri (HSO) atau arahan pe­ngasingan dan pemantauan selama tujuh hari di dalam MySejahtera.

“Jadi, kalau tak ada MySejah­tera macam mana kita hendak pantau keadaan mereka yang sedang mengasingkan diri di rumah dan mungkin Utusan Malaysia ada aplikasi yang boleh kita gunakan saya tidak pastilah,” katanya dalam temu bual eksklusif di sini, semalam.

Menurut Khairy, beliau telah membaca tajuk muka depan Utusan Malaysia pada 20 April lalu yang meminta supaya nyah­­aktif MySejahtera dan dihapuskan kerana tidak lagi digunakan bagi mengesan kontak Covid-19 sejak Malaysia memasuki fasa peralihan kepada endemik.

“Saya hendak nyatakan bahawa MySejahtera telah pun memberi maklumat yang baik kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tujuan pengesanan kontak rapat dan pada kemuncak gelombang Omicron sebagai contoh 60 peratus daripada kontak kasual yang diberi notifikasi adalah melalui MySejahtera

KHAIRY JAMALUDDIN

“Akhirnya mereka telah diuji positif dan diasingkan, tetapi tak apalah sekarang ini sudah reda Omicron, jadi Utusan Malaysia minta supaya MySejahtera dimasukkan dalam bakul sampah, cuma saya nak menyatakan bahawa mungkin Utusan Malaysia tidak sedar MySejahtera ini bukan sahaja diguna untuk tujuan imbasan kod QR tetapi juga bagi tujuan-tujuan lain,” katanya.

Beliau mengulas Minda Pe­ngarang Utusan Malaysia oleh Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd., Mohamad Azlan Jaafar pada 18 April lalu yang berpendapat tiba masa­nya rakyat membuang MySejahtera ke dalam trash bin dan delete daripada kehidupan kita selama-lamanya kerana ia tidak lagi relevan ketika negara memasuki fasa endemik.

Mohamad Azlan bimbang maklumat 38 juta data pengguna dan kira-kira 80 juta check in setiap hari perjalanan pengguna MySejahtera akan diguna pihak tertentu untuk tujuan pemasaran iklan atau memantau pergerakan seseorang dan itu sahaja menjadikan MySejahtera king sangat bernilai.

Pandangan Mohamad Azlan juga dipersetujui pakar-pakar kesihatan yang berpendapat tiba masa aplikasi MySejahtera dinyahaktif dan dihapuskan kerana tidak lagi digunakan bagi mengesan kontak Co­vid-19 sejak Malaysia memasuki fasa endemik.

Menurut Khairy, KKM da­lam tempoh peralihan sekarang banyak bergantung kepada kit saringan pantas (RTK) kendiri yang dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera yang melibatkan lebih daripada 20,000 pelaporan sehari bagi mengurangkan kebergantungan kepada ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Tambah beliau, terdapat 15 modul dalam MySejahtera yang telah dibangunkan dalam tempoh dua tahun yang akan terus berguna pada masa depan ketika Malaysia beralih kepada kaedah perubatan secara digital.

“Antara modul ini adalah statistik, vaksinasi, kuarantin, pengembara, sistem tempahan, pengawasan, pengurusan tanggungan dan daftar ma­suk,” katanya.

Mengenai kebimbangan data MySejahtera disalah guna untuk tujuan komersial, katanya, data itu hanya boleh diakses untuk kegunaan aplikasi berkenaan dan aplikasi soko­ngan yang berkaitan dengan pandemik.

Malah, pihaknya juga boleh mengesan setiap log masuk mana-mana pihak bagi meng­akses data MySejahtera yang disimpan di dalam server (pelayan) di Kuala Lumpur dan kerajaan juga diberikan kuasa untuk mengambil tindakan di mahkamah jika wujud pe­nyalahgunaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN