Meringankan beban asnaf

Meringankan beban asnaf

asnaf
Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini menyantuni Norli Asma Zulhaimi yang menghidap penyakit kepala besar yang ditemani ibunya, Norhayati Said pada program Ziarah Kasih Ramadan LZS bersama MBPJ di Kampung Tengah, Puchong baru-baru ini. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) mempunyai program berterusan dalam memastikan golongan asnaf di negeri Selangor terus mendapat pembelaan dan bantuan untuk mereka meneruskan kehidupan.

LZS turut mengambil kesempatan sempena Ramadan ini dengan menganjurkan Program Ziarah Kasih Ramadan bagi menjelajah ke seluruh negeri untuk membantu asnaf termasuk dari kalangan golongan orang kurang upaya (OKU).

Baru-baru ini melalui Program Ziarah Kasih Ramadan LZS 2022 bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), mereka telah menziarah golongan kurang bernasib baik di Kampung Tengah, Puchong.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini program itu adalah antara pihak MBSJ dan LZS untuk membantu golongan asnaf di dua kawasan bagi mengurangkan beban mereka selepas banjir besar tahun lalu.

“Kita telah memilih 12 penerima melibatkan enam keluarga dari Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 6 dan enam keluarga dari MPP Zon 12,” ujarnya.

Turut menerima bantuan adalah penerima zakat yang menghidap penyakit kepala besar, Norli Asma Zulhaimi, 23, yang terlantar dengan kehidupan seharian bergantung sepenuhnya kepada ibunya, Norhayati Said. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.