KUANTAN: Letupan dan kebakaran dipercayai akibat mercun yang memusnahkan dua buah rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2 di sini awal pagi semalam turut meragut nyawa kanak-kanak lelaki berusia dua tahun. Kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu menyebabkan seorang lelaki melecur 50 peratus, seorang lelaki cedera ringan, dua perempuan cedera dan seorang bayi perempuan lapan bulan cedera akibat terkena serpihan kaca tingkap rumah. Malah letupan mercun itu didengari sehingga 10…










