Kenyataan Dr. Mahathir bakal disoal siasat adalah sinis

Kenyataan Dr. Mahathir bakal disoal siasat adalah sinis

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dipanggil untuk disoal siasat merupakan kenyataan sinis, jika dibaca secara keseluruhan.

Menurut kenyataan dimuat naik dalam Facebook Dr. Mahathir, catatan Ahli Parlimen Langkawi itu berkenaan dirinya akan disoal siasat menerusi blog serambichedet.com bertajuk ‘Keadilan Malaysia’ semalam telah mengundang banyak reaksi.

“Sama ada reaksi ini ekoran tidak membaca secara menyeluruh catatan tersebut atau salah faham mahupun ketidakfahaman terhadap kenyataan sinisnya, ramai telah memberi komen termasuk Datuk Seri Najib.

“Akibatnya, pihak polis juga terpaksa keluarkan kenyataan bahawa Tun tidak berhadapan apa-apa siasatan baharu,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir dalam hantaran di laman sosial Facebook mendakwa beliau akan dipanggil untuk disoal siasat namun tidak menyatakan sebab siasatan itu.

Sebaliknya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada siasatan baharu dibuat ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, kali terakhir Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu dipanggil PDRM ialah pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan membabitkan buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Dalam pada itu, kenyataan itu menambah, catatan tersebut merupakan kenyataan sinis, jika dibaca secara keseluruhan.

“Bagaimanapun, realitinya ialah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, Dr. Mahathir kerap kali disoal siasat atas kenyataan beliau yang mengkritik ketidakadilan kerajaan dan ini jugalah yang cuba disampaikan di dalam catatan terbaharunya.

“Pokoknya apabila sesiapa berani bersuara mengenai ketidakadilan, dia mesti berani menghadapi tekanan termasuk disiasat,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN