Kanak-kanak cemas, lelaki tak siuman ceroboh taska

Kanak-kanak cemas, lelaki tak siuman ceroboh taska

TANGKAP layar menunjukkan kanak-kanak berpelukan akibat ketakutan ketika menyaksikan pergelutan sekumpulan ibu bapa cuba menahan seorang lelaki warga Bangladesh disyaki tidak siuman menceroboh sebuah tadika di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor pada Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kanak-kanak dekat sebuah tadika di Teluk Panglima Garang di sini, mengalami detik-detik cemas apabila seorang lelaki seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai kurang siuman menceroboh kelas mereka pada awal pagi Jumaat lalu.

Lelaki berusia 23 tahun itu berbuat demikian dengan alasan kononnya mahu memberikan roti kepada anaknya sebelum bergelut dengan sekumpulan ibu bapa yang cuba menahannya selepas menyedari kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh, berdasarkan laporan yang diterima semalam, lelaki terbabit bertindak agresif dan menceroboh masuk selepas dihalang oleh seorang guru.

“Bagaimanapun, suspek bertindak agresif merampas topi keledar yang dipegang guru berkenaan sebelum meluru masuk ke dalam kelas. Sementara ibu bapa yang menyedari kejadian tersebut bertindak menangkap suspek sebelum menyedari dia tidak siuman

“Namun lelaki berkenaan tidak mempunyai anak yang dihantar ke sana dan pihak tadika juga memaklumkan tidak menerima pelajar warganegara asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, lelaki terbabit kemudian ditahan polis pada pukul 11.30 malam tadi selepas menerima aduan daripada guru berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, menangkap lelaki terbabit. Ketika ditahan, suspek juga gagal memberikan dokumen pengenalan diri kepada polis.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki mempunyai masalah kesihatan mental, namun tidak mengeluarkan kata-kata ugutan atau mendatangkan kecederaan kepada sesiapa ketika kejadian,” jelasnya.

Kata Ahmad Ridhwan, suspek kemudian suspek kemudian direman selama empat hari dan di tahan di Lokap Balai Polis Banting dan kes disiasat dibawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Jika sabit kesalahan lelaki berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda sehingga RM3,000.

Insiden terbabit sebelum ini tular dalam media sosial potongan rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki menceroboh masuk tingkat bawah sebuah tadika.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN