Kadar zakat fitrah Sabah kekal RM7 - Utusan Malaysia

Kadar zakat fitrah Sabah kekal RM7

BUNGSU @ Aziz Jaafar semasa mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Sabah di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengumumkan kadar zakat fitrah di Sabah pada tahun ini kekal pada kadar RM7.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, kadar itu adalah bersamaan harga satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang dimakan majoriti penduduk negeri ini.

Beliau berkata, kutipan zakat fitrah di Sabah pada tahun lalu adalah RM10.76 juta membabitkan seramai 1.54 juta pembayar, ia menunjukkan peningkatan 63,565 orang pembayar atau 4.3 peratus berbanding 2020.

Secara keseluruhan kutipan zakat pada tahun lalu adalah sebanyak RM122.49 juta, termasuk zakat harta yang berjumlah RM111.73 juta dengan 89,785 pembayar.

“Berdasarkan pecahan, penyumbang terbesar kutipan zakat harta pada tahun lalu adalah daripada penggajian iaitu sebanyak RM48.99 juta diikuti zakat perniagaan iaitu RM45.14 juta dan zakat pendapatan RM10.40 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Bagi Ramadan tahun ini, MUIS memperuntukkan sebanyak RM15 juta iaitu RM13.5 juta akan diagihkan kepada 44,474 asnaf fakir, miskin dan mualaf manakala RM1.5 juta diagihkan kepada 2,000 amil fitrah sebagai upah amil yang bertugas.

“Seramai 39 penyelaras wakil amil dan seramai 2,000 wakil amil dilantik untuk menyelaras dan memungut zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

“Kesemua mereka akan dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelakkan masyarakat Islam mengeluarkan fitrah kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertauliah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.