jatuh ke tangan salah

Data MySejahtera berpotensi jatuh ke tangan yang salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mewujudkan satu mekanisme bagi menjamin keselamatan data peribadi rakyat Malaysia dalam aplikasi MySejahtera.

Pakar teknologi maklumat (IT) yang juga bekas penggodam, Aman Shah Ahmad memberitahu Utusan Malaysia, ini bagi memastikan data itu tidak jatuh ke tangan yang salah dan disalah guna oleh pihak yang berpotensi memberi ancaman terhadap keselamatan pemilik data.

“Boleh wujud kemungkinan data itu jatuh ke tangan yang salah. Salah guna untuk bermacam-macam tujuan, antaranya pengiklanan. Kita boleh tahu perangai individu, dia pergi 7-Eleven, pergi kedai Bata.

“Bagi pengiklan, kita tahu dia suka kasut Bata, kita guna artificial intelligence (AI), hantar iklan dekat orang ini. Kita ada nombor telefon dia, apa Facebook dia, dan kita boleh tahu kesukaan dia,” katanya di sini semalam.

Malah kata Aman Shah, data itu juga berpotensi memberi ancaman terhadap keselamatan nyawa pemiliknya jika digunakan oleh penjenayah.

“Bagi sesetengah orang, ini merupakan perkara sensitif. Misalnya orang kaya, dia pergi bank pukul berapa, masuk bank pukul berapa, nanti perompak tunggu di luar bank, sebab mereka dah tahu kelaziman orang kaya itu,” katanya.

Sementara itu, sumber dalaman industri keselamatan siber memberitahu Utusan Malaysia, data MySejahtera juga berpotensi dieksploitasi bagi tujuan politik menggunakan maklumat geofencing dalam aplikasi tersebut.

“Dalam politik, antara benda penting ialah data geofencing. Contohnya, sekarang MySejahtera ini, datanya berpotensi boleh digunakan untuk tahu pengundi Putrajaya misalnya.

“Daripada data MySejahtera, ia dicantumkan dengan data pengundi dan plotkan setiap tempat undi dengan warna merah. Yang lain semua warna biru. Jadi secara automatik boleh nampak taburan pengundi Putrajaya ini di mana,” kata sumber itu.

Sumber berkata, data geofencing MySejahtera mampu memberi gambaran jelas tentang demografi penduduk satu-satu kawasan Parlimen, dan ini satu yang membimbangkan jika jatuh ke tangan pihak yang salah.

“Jadi bagi perkara tentang geofencing, data yang mereka dapat, contohnya pihak tertentu buat bulatan dalam Putrajaya, atau buat mapping zon-zon dalam Parlimen Putrajaya, mereka boleh nampak berapa ramai duduk di dalam dan luar zon itu. Mereka boleh generate data sebegitu dengan mudah.

“Misalnya, setiap hari berapa ramai yang duduk dalam kawasan Putrajaya. Maksudnya, bila dekat pilihan raya nanti, jika disalah guna maka ia boleh dieksploitasi. Jadi sebab itu MySejahtera sangat penting bagi ahli politik,” jelas sumber. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN