Guru rugi lebih RM200,000 terpedaya Macau Scam

Guru rugi lebih RM200,000 terpedaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bimbang namanya mempunyai kes jenayah membabitkan pengubahan wang haram, seorang guru di Kuala Pilah, dekat sini terjerat dengan sindiket Macau Scam.

Wanita berusia 43 tahun sanggup membuat pinjaman sebanyak RM200,000 bagi membuat pembayaran kononnya bagi menyelesaikan kes tersebut selain wang simpanannya berjumlah RM65,225.50 lesap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Abd. Ghani berkata, pada Jun tahun lalu, mangsa menerima panggilan daripada pihak insurans mengenai pengesahan tuntutan yang dilakukannya.

“Mangsa menafikan berurusan dengan insurans tersebut dan memaklumkan tidak pernah buat sebarang tuntutan. Pihak insurans memaklumkan mereka akan membuat laporan polis berkaitan hal berkenaan dan mangsa hanya berdiam diri.

“Pada hari sama, mangsa menerima panggilan dari seorang individu yang mendakwa sebagai Sarjan Razlan dari Balai Polis Ampangan Jaya. Individu terbabit memaklumkan maklumat peribadi milik mangsa iaitu nama dan nombor kad pengenalan terlibat dengan kes pengubahan wang haram di bawah Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Keesokan harinya, menurut Aibee, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa sebagai Inspektor Wati. 

AIBEE ABD. GHANI

Menurutnya, mangsa dimaklumkan perlu membuat pindahan duit ke akaun bank milik sendiri sebagai dana bayaran untuk selesaikan kes tersebut. 

“Mangsa diminta memberi akaun bank yang jarang digunakan untuk dijadikan tempat kumpul dana bayaran ini. Selama hampir lima bulan iaitu sepanjang bulan Jun hingga awal Oktober, mangsa berhubung dengan mereka kerana mangsa diarahkan untuk lapor diri melalui aplikasi WhatsApp.

“Selepas itu, hampir lima bulan iaitu bermula 29 Oktober tahun lalu sehingga 26 Mac lalu, mangsa melakukan sembilan transaksi pindahan atau memasukkan tunai ke dalam sebuah akaun miliknya sendiri berjumlah RM265,225.50,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak RM200,000 diperoleh daripada pinjaman yang dibuat oleh pengadu sendiri melalui dua buah bank sepertimana diarahkan ahli sindiket. 

“Pada 8 April lalu, semasa mangsa membuat semakan akaun banknya didapati baki wangnya hanya tinggal sebanyak RM78.

“Mangsa membuat semakan lanjut di Bank Rakyat Kuala Pilah pada 11 April lalu dan mendapati wangnya telah dipindahkan ke akaun yang tidak dikenalinya. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Pilah semalam,” katanya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.