Enam termasuk seorang wanita ditahan disyaki edar dadah

Enam termasuk seorang wanita ditahan disyaki edar dadah di kawasan Felda

POLIS merampas dadah jenis Heroin dan Syabu yang dimiliki suspek ketika operasi dijalankan pada 9 April hingga 10 April lalu di Felda Keratong 3 dan 7, Muadzam Shah, Rompin, Pahang. - FOTO/IHSAN POLIS ROMPIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Polis berjaya menahan enam individu termasuk seorang wanita disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar kawasan Felda di daerah ini, Sabtu dan Ahad lalu.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, susulan itu, sejumlah dadah keseluruhannya dianggarkan seberat 146.59 gram bernilai RM6,645 dirampas. 

Menurutnya, kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan antara 30 hingga 39 tahun.

“Dalam operasi 9 April lalu, polis membuat tangkapan terhadap tiga suspek secara berasingan di Felda Keratong 3 dan Keratong 7, Muadzam Shah. 

“Ketika pemeriksaan terhadap suspek, polis menemukan heroin seberat 20.19 gram dan Syabu seberat 2.78 gram dianggarkan bernilai RM980. 

“Kemudian, semakan turut dibuat dan mendapati ketiga-tiga mereka mempunyai rekod lampau berkait kes dadah selain ada di antara suspek positif dadah,” katanya dalam kenyataan di sini. hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azahari berkata, manakala operasi yang dilakukan pada 10 April, tiga lagi individu termasuk wanita tempatan di Felda Keratong 7 di sini. 

Katanya, pihaknya merampas Heroin dengan anggaran berat 101.96 gram, Syabu (21.25 gram) dan pil Yaba (0.41 gram) dengan bernilai kira-kira RM5,645. 

“Semua suspek bagi kedua-dua kes itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya. 

Sementara itu, tambah beliau, polis Rompin akan membendung kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah itu secara berterusan terutamanya membabitkan kawasan-kawasan Felda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN