Dua tahun hilang ‘nikmat’ raya - Utusan Malaysia

Dua tahun hilang ‘nikmat’ raya

MUHAMMAD Zaim Redzuan mengemas barangan dan kelengkapan raya untuk pulang menyambut lebaran di kampung halaman di Arau, Perlis selepas dua tahun terpaksa beraya di ibu kota.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Selepas dua tahun beraya di perantauan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hari Raya Aidilfitri ming­gu depan cukup bermakna bagi perantau yang tidak sabar untuk pulang ke kampung menyambut lebaran bersama keluarga tersayang.

Bagi mereka, tidak ada apa lebih bermakna selain berpeluang menikmati suasana di pagi Syawal bersama ahli keluarga seperti tahun-tahun sebelum wabak Covid-19 melanda.

Seorang perantau di Shah Alam, Muhammad Zaim Redzuan,36, berkata, dia menghintung hari untuk pulang ke kampung di Arau selepas dua tahun hilang ‘nikmat’ raya.

Malah, katanya, Aidilfitri tahun ini menjadi lebih bermakna apabila berpeluang beraya bertiga bersama isteri dan anak yang berusia tiga bulan di kampung halaman.

Kata pegawai bank itu, dia juga sangat rindu merasai ‘nikmat’ bersalam dan bermaaf-maafan bersama ibu dan bapa di pagi Syawal selain bertemu rakan-rakan di kampung.

“Setelah dua tahun seolah-olah hilang memori raya apabila hanya duduk di rumah di Shah Alam, tahun ini kita dapat pulang ke kampung. Alhamdulillah, tahun ini kita sudah beralih ke fasa endemik dan boleh beraya seperti biasa.

“Saya akan pulang ke kampung lebih awal iaitu pada Jumaat seterusnya meluangkan masa lebih lama bersama keluarga. Tambahan pula, isteri saya baru melahirkan anak, tidak sabar untuk bertemu mereka dan keluarga.

“Kelengkapan raya juga sudah dibeli lebih awal memandangkan tahun ini kita boleh raya ‘sakan’ selepas dua tahun ‘terperangkap’ di Sela­ngor pada pagi Syawal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

 

Aidilfitri

Menjelang sambutan Aidilfitri dijangka pada Selasa depan, dianggarkan ribuan perantau dari seluruh negara pulang ke kampung halaman di Perlis.

Pemerhatian Utusan Malaysia di beberapa bazar Aidilfitri di sini semakin meriah dan padat dengan orang ramai khususnya perantau yang sudah tiba di kampung sejak semalam.

Sementara itu, seorang lagi perantau, Mohd Razif Ibrahim,36, berkata, berkesempatan beraya bersama keluarga di kampung cukup bermakna selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan negeri, Hamizan Hassan menasihatkan perantau mematuhi peraturan jalan raya dan memandu secara berhemah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN