Dua laluan CSR di Lipis berisiko maut, waspada pulang berhari raya - Utusan Malaysia

Dua laluan CSR di Lipis berisiko maut, waspada pulang berhari raya

AZLI MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Polis meminta orang ramai yang pulang berhari raya supaya berwaspada di dua jalan utama di daerah ini iaitu di Kilometer 14 hingga 16, laluan Central Spine Road (CSR) Lipis – Merapoh berdekatan Aur Gading dan Kilometer 18 hingga 19, berdekatan Simpang Berchang Padang Tengku dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, dua laluan tersebut  paling kerap berlaku kemalangan dan sehingga 24 April lalu, ia sudah meragut nyawa tiga mangsa, manakala sebanyak 878 saman 170A dan 257 telah dikeluarkan dalam tempoh yang sama.

“Polis meminta pengguna pada musim perayaan ini supaya memandu berhati-hati di dua laluan ini kerana di sini merupakan laluan pelbagai jenis kenderaan dari kedua hala Lipis – Merapoh sepanjang masa,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di sini. 

Menurut Azli, laluan CSR di sempadan Merapoh ke Gua Musang dan Kilometer 25, Jalan Lipis – Merapoh termasuk susur keluar hala Kuala Lumpur dijangka berlaku kesesakan menjelang lima hari bermula pada 28 April sehingga 2 Mei ini. 

“Hal yang sama juga akan berlaku pada 7 Mei hingga 9 Mei ini, iaitu tiga hari selepas Hari Raya Aidilfitri apabila kesesakan kenderaan di lokasi yang sama selepas orang ramai yang pulang ke tempat kerja selepas bercuti.

“Anggota dari IPD Lipis akan bertugas sepenuh masa bagi melaksanakan Op Selamat musim perayaan ini untuk memastikan kelancaran aliran trafik di jalan utama, iaitu di Jalan Benta- Lipis – Merapoh merupakan laluan CSR kelazimannya akan dibanjiri kenderaan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan,” katanya.

Azli menambah, polis memohon pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dan sentiasa memandu secara berhemah serta patuh dengan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN