MANILA: Seorang individu paling dikehendaki yang ditangkap di Filipina semasa ulang tahun kelahirannya diberikan kejutan kek oleh pihak berkuasa semasa berada di lokap.
Lapor The Philippine Star, Allan Barrientos Delos Angeles adalah seorang buruan yang dikehendaki polis malah digelar sebagai ‘Lelaki Paling Dikehendaki di Bataraza, Puerto Princesa, Palawan’.
Lelaki itu ditahan anggota polis pada malam 19 April lalu.
Ketika ditahan, pihak polis baru mengetahui lelaki itu menyambut ulang tahun kelahiran ke-45.
Pihak berkuasa memutuskan untuk memberi kejutan dengan kek hari jadi selepas tarikh kelahirannya disahkan.
Seorang anggota polis dilihat memberikan kes kepada suspek menerusi foto yang dikirimkan oleh Pejabat Polis Kota Altavas.
Kek itu tertulis ‘Selamat Ulang Tahun ke-45 Allan’.
Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Allan sejak 1996 kerana memiliki senjata api secara haram dan kes pembunuhan yang gagal.
Lelaki itu dibebaskan 20 April lalu selepas membayar ikat jamin.










