Definisi, perincian frasa ‘lompat’ perlu lebih jelas - PN

Definisi, perincian frasa ‘lompat’ perlu lebih jelas – PN

HAMZAH ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) menyarankan definisi dan perincian yang lebih jelas perlu dipersetujui bersama terhadap frasa ‘lompat’ dalam apa juga instrumen perundangan yang bakal diperkenalkan. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perkara itu bagi membolehkan Pindaan Rang Undang-Undang (RU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berkaitan antilompat parti dapat mencapai matlamatnya. 

“Satu sesi libat urus berhubung cadangan Pindaan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 berkaitan antilompat parti diadakan pada 5 April lalu antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama PN.

“Dalam sesi libat urus tersebut, PN secara keseluruhannya menyokong dan menyambut baik semangat serta matlamat di sebalik cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan antilompat parti.

“Bagaimanapun, bagi memastikan pindaan perlembagaan tersebut dapat mencapai matlamatnya, definisi dan perincian yang lebih jelas perlu dipersetujui bersama terhadap frasa ‘lompat’ dalam apa juga instrumen perundangan yang diperkenal kerajaan kelak,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Wan Junaidi mengumumkan penangguhan pembentangan RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin ini. 

Ia penangguhan kali kedua selepas pertama kali dijadual dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu. 

Bagaimanapun, Wan Junaidi memberitahu, sidang khas Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU Anti Lompat dibentangkan kelak.

Dalam pada itu, Hamzah turut menyifatkan keputusan penangguhan itu adalah satu keputusan yang berhemah dan bertanggungjawab bagi memastikan penggubalan akta khusus berkaitan RUU itu dapat dilakukan dengan lebih teratur dan terperinci. 

“Pada mesyuarat 6 April lalu, Jemaah Menteri bersetuju bahawa Perkara 10(3) Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu bagi memberikan rang kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat menggubal akta khusus berkaitan antilompat parti dengan lebih teratur, terperinci dan boleh diterima oleh semua pihak.

“PN mengambil maklum kesediaan pihak kerajaan membentangkan usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu dalam sidang khas yang akan berlangsung pada 11 April. Keputusan itu adalah satu keputusan kerajaan yang berhemah dan bertanggungjawab,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya