Bot nelayan Vietnam bersama 23 kru ceroboh perairan negara ditahan 

Bot nelayan Vietnam bersama 23 kru ceroboh perairan negara ditahan 

TEKONG dan awak-awak bot nelayan Vietnam yang ditahan kerana menceroboh perairan negara dekat Pulau Tioman, Pahang semalam. - FOTO/IHSAN TLDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama 23 kru yang menceroboh perairan negara dekat Pulau Tioman, Pahang, pagi semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM di sini memaklumkan, bot nelayan dari Vietnam itu ditahan oleh Kapal Diraja (KD) Ganyang ketika melakukan rondaan di lokasi tersebut.

“Kejadian bermula pada pukul 10.36 pagi apabila KD Ganyang 10 telah mengesan keberadaan dua buah bot nelayan Vietnam di posisi 13 batu nautika utara Pulau Tioman hasil perkongsian maklumat daripada Persatuan Nelayan Endau.

“Hasil pemeriksaan mendapati 23 orang tekong dan awak-awak warga Vietnam yang tidak mempunyai dokumen penangkapan ikan yang sah berada dalam zon Maritim Malaysia,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua mereka ditahan atas kesalahan menceroboh perairan negara serta mengaut khazanah negara secara haram dan dibawa ke Tambatan Pangkalan TLDM Kuantan untuk proses dan tindakan selanjutnya.

Kata, kenyataan itu, sebuah lagi bot nelayan yang dikesan sebelum itu bagaimanapun telah beredar meninggalkan kawasan tersebut ke arah utara. 

“Penangkapan ini membuktikan keupayaan TLDM dalam menangani ancaman perairan negara selain memastikan setiap pencerobohan dikenakan tindakan undang-undang.

“TLDM akan mengekalkan inisiatif perkongsian maklumat bersama komuniti maritim dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang ancaman melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara,” tegas kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN