Bitcoin: Peningkatan lebih 400 peratus kes curi elektrik

Bitcoin: Peningkatan lebih 400 peratus kes curi elektrik

IR. Baharin Din dan Acryl Sani Abdullah Sani di hadapan kenderaan pacuan empat roda sumbangan TNB kepada PDRM ketika majlis penyerahan sumbangan kenderaan tersebut di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes Kecurian arus elektrik melibatkan aktiviti perlombongan mata wang kripto bitcoin semakin serius dengan peningkatan lebih 400 peratus dalam tempoh empat tahun yang mana sejumlah 7,209 kes dikesan menyebabkan kehilangan lebih 4.5 bilion kilowatt sejam (kWh).

Justeru, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha meningkatkan keupayaan menggempur kegiatan tersebut yang menyebabkan  kerugian besar kepada industri tenaga.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, menerusi kerjasama itu, impak besar dan positif dapat dilihat dalam usaha membendung aktiviti kecurian arus elektrik.

“Aktiviti perlombongan ‘bitcoin’ yang mengambil bekalan elektrik secara curang bukan sahaja memberi impak kepada TNB, malah rakyat dan negara.

“Selain menyebabkan kerosakan dan kebakaran pada pepasangan TNB, aktiviti melombong Bitcoin ini memberi kesan kepada pengguna apabila bekalan elektrik terputus,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, penggunaan melampau rangkaian komputer berkuasa tinggi 24 jam tanpa pengawasan menyebabkan litar pintas selain penggunaan fius tidak mengikut piawai.

Maka, penyambungan haram mengakibatkan bacaan pada meter tidak lagi menunjukkan penggunaan elektrik sebenar, sekali gus mengganggu kestabilan bekalan elektrik kerana permintaan melebihi kapasiti.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya berjaya menangkap 627 individu serta merampas barang kes bernilai RM69.8 juta dalam serbuan yang dijalankan dengan TNB dalam tempoh dua tahun kerjasama strategik itu.

“Kenderaan pacuan empat roda yang disumbang TNB akan digunakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi mempergiatkan usaha membanteras kegiatan kecurian elektrik untuk aktiviti perlombongan Bitcoin di seluruh negara,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN