Bangun tidur rasa sakit - Uyaina selesai jalani pembedahan apendiks

Bangun tidur rasa sakit – Uyaina selesai jalani pembedahan apendiks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon cantik, Uyaina Arshad memaklumkan dia baru sahaja selesai pembedahan apendiks dan berharap khalayak mendoakan kesihatannya termasuk bayi dalam kandungan.

Berita itu dikongsi sendiri oleh pelakon drama Love Elsa itu menerusi akaun Instagram miliknya beserta gambar menunjukkan dia berada di dalam wad pesakit.

“Semoga diberi kesembuhan Uyaina dan bayi. Semalam (Isnin) baru saja menjalani pembedahan sebab apendiks.

“Saya bertuah sebab apendiks itu belum pecah. Kalau tidak, tak tahulah.

“Pagi Isnin, bangun tidur terus rasa sakit sangat belah bawah kanan perut. Sakit yang tidak boleh bergerak. Kalau gerak lagi sakit,” katanya.

Jelas Uyaina, 29, suaminya yang juga merupakan penyanyi, Raja Syahiran membawanya terus ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

“Doktor terus tahan wad. Alhamdullilah pembedahan semalam pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar.

“Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat di @avisenaspecialisthospital sebab jaga Uyaina sebaik mungkin.

“Mohon doa daripada semua supaya Uyaina sembuh cepat dan semoga bayi sihat, kesian bayi ini, perkenankanlah,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, pasangan Uyaina dan Raja Syahiran berkahwin pada 20 Disember lalu dan awal April lalu Uyaina mengesahkan dirinya sedang berbadan dua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya