ATAP mahu gaji minima RM1,500 diselaraskan untuk semua sektor

ATAP mahu gaji minimum RM1,500 diselaraskan untuk semua sektor

YEOH Soon Hin (tengah) bersama Chng Huck Teng (dua dari kiri) ketika pelancaran program ekspo 'Jom Cari Kerja' di Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Persatuan Tarikan Pelancongan Pulau Pinang (ATAP) mahu subsidi gaji sepanjang tempoh setahun penangguhan pelaksanaan kadar gaji minimum untuk sektor pelancongan dan hospitaliti dibuat secara lebih adil dan seimbang dengan sektor lain.

Presidennya, Chng Huck Teng berkata, ini kerana kedua-dua industri itu masih dalam proses untuk ‘pulih’ daripada tekanan ekonomi susulan pandemik Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Katanya, ketika ini juga industri pelancongan dan hospitaliti yang dikecualikan daripada pelaksanaan kadar gaji minimum cuma menawarkan gaji asas sebanyak RM1,200 sahaja.

“Ini menyebabkan kami mengalami masalah kekurangan pekerja kerana ramai tidak berminat untuk bekerja di hotel dan lari untuk bekerja di kilang dan sebagainya.

“Justeru, kami berharap semua sektor diselaraskan gaji minimum pada kadar RM1500,” katanya semasa menghadiri program ekspo ‘Jom Cari Kerja’ yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Industri Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin, di sini hari ini.

Ekspo kerjaya itu merupakan lanjutan daripada program siri pertama yang diadakan di Georgetown, Sabtu lalu.

Ia dianjurkan oleh kerajaan negeri melalui Biro Konvensyen dan Pameran Pulau Pinang (PCEB) dengan kerjasama beberapa pihak seperti ATAP; Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Pulau Pinang; Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) serta Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA).

Dalam pada itu Soon Hin memberitahu, untuk siri kedua kali ini terdapat sebanyak 33 pempamer atau pemain industri yang mengambil bahagian.

Beliau berkata, antaranya termasuk Rapid Penang, Plenitude Hotels, The Blanket Group of Hotels, Hard Rock Hotel, Iconic Hotel, The Top Penang, Cititel Penang, Prima Link dan sebagainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN