Aidilfitri: Pengguna Jambatan Kedua nikmati diskaun tol 30 peratus 

Aidilfitri: Pengguna Jambatan Kedua nikmati diskaun tol 30 peratus 

PARA pengguna semua kelas kenderaan yang menggunakan JSAHMS atau juga dikenali Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menikmati diskaun tol sebanyak 30 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN: Para pengguna semua kelas kenderaan yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau juga dikenali Jambatan Kedua Pulau Pinang menikmati diskaun tol sebanyak 30 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) selaku pemegang konsesi JSAHMS dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, pemberian diskaun itu bermula pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga pukul 11.59 malam 1 Mei (Ahad) ini.

Tambahnya, pemberian diskaun juga diberikan bermula pukul 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) hingga pukul 11.59 malam 8 Mei (Ahad) ini.

“Inisiatif yang diumumkan kerajaan ini disokong JKSB dalam usaha mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Tambah kenyataan itu, JSAHMS adalah pilihan untuk para pengguna keluar masuk dari atau ke bahagian pulau selain merupakan direct dual carriageway yang menghubungkan secara terus Batu Kawan kepada bahagian utama pulau dan menghubungkan Batu Kawan secara terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang (LTAPP).

Tambahnya, para pengguna akan sampai ke kawasan yang dinyatakan tersebut dengan lebih mudah tanpa perlu menempuh kesesakan serius. 

“Tidak dinafikan, JSAHMS terletak lebih jauh daripada mod lintasan yang lain, tetapi jika dipertimbang dari segi kesenangan para pengguna, JSAHMS adalah alternatif terbaik,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN