80,000 kenderaan dijangka masuk Perlis menjelang Aidilfitri

80,000 kenderaan dijangka masuk Perlis menjelang Aidilfitri

SURINA Saad memberikan topi keledar baharu kepada seorang penunggang motosikal sempena pelancaran Op Selamat 18 dan Op Lancar di Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Dianggarkan 60,000 hingga 80,000 kenderaan memasuki Perlis sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, anggaran kemasukan kenderaan itu dibuat berdasarkan 30 peratus penduduk negeri ini yang bekerja atau tinggal di luar berkemungkinan pulang ke kampung halaman.

Katanya, Perlis tidak mempunyai laluan bertol sebagai indikator menentukan bilangan kenderaan dengan tepat, namun beliau percaya ramai perantau pulang selepas dua tahun beraya di luar ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dengan pertambahan mendadak kenderaan pada musim perayaan ini, kita jangka berlaku kesesakan khususnya di enam kawasan tumpuan sekitar negeri ini.

“Justeru, kita mengerakkan 1,200 pegawai dan anggota bagi melancarkan pergerakan selain memastikan tidak berlaku sesuatu perkara tidak diingini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Op Selamat 18 dan Op Lancar peringkat negeri ini di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN