2 warga Indonesia ditahan tangkap ikan secara haram

2 warga Indonesia ditahan tangkap ikan secara haram

DUA lelaki ditahan pihak berkuasa Maritim Malaysia Selangor selepas gagal menunjukkan dokumen kelayakan membawa bot dan tidak mempunyai lesen tangkap ikan yang sah di perairan Pulau Indah, Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua warga Indonesia termasuk seorang tekong ditahan pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor selepas didapati menangkap ikan secara haram di perairan Pulau Indah, hari ini.

Pengarahnya, Kapten Maritim, Mohammad Rosli Kassim berkata, mereka yang berusia 48 dan 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8.45 pagi bersama sebuah bot tunda kerana beroperasi menangkap ikan tanpa lesen.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot nelayan itu juga tidak mempamerkan sebarang dokumen lengkap termasuk tekong tidak mempunyai kelayakan membawa bot daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, namun mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot dan kru dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut oleh anggota Maritim Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO).

Dalam pada itu, Rosli turut mengingatkan pemilik dan tekong bot supaya mematuhi undang-undang di laut dengan memastikan bot memiliki lesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa.

Jelasnya, sebarang aduan dan maklumat mengenal kegiatan Jenayah atau kecemasan di laut, orang ramal boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 yang beroperasi selama 24 jam sehari atau talian kecemasan MERS 999 untuk tindakan segera.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN