Eda Ezrin, suami dan 4 rakan dibebas, akan dipanggil PDRM

Eda Ezrin, suami dan 4 rakan dibebas, akan dipanggil PDRM

KENDERAAN yang membawa Eda Ezrin, suami dan empat rakan mereka keluar dari Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand, semalam. – UTUSAN/RAZALI ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas dibebaskan dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand, semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan memanggil penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat lagi rakan mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan memang­gil kesemua mereka adalah untuk memberi kete­rangan selain diambil sampel air kencing untuk saringan.

Katanya, pasukan JSJN Kelantan akan mengambil tindakan berkaitan.

“Polis Thailand akan maklum kepada JSJN berkaitan pembebasan ini. Keterangan kesemua mereka akan diambil di Kompleks Imigresen, Kastam, Kua­rantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Terdahulu, media melaporkan Eda Ezrin, suami dan empat rakannya dibebaskan semalam selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Penjara Pusat Narathiwat.

Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk me­nyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam.

Eda Ezrin, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, sebelum ini dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda oleh Mahkamah Narathiwat di sini.

Kesemua mereka bagaimanapun perlu kembali ke Penjara Wilayah Narathiwat bagi membolehkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.

Sementara itu, keluarga Eda Ezrin bersyukur dengan keputusan itu sekali gus menamatkan penantian selama 10 bulan untuk Eda Ezrin pulang semula ke pangkuan keluarga.

“Saya hanya mengetahui mengenai pembebasan itu pada pukul 2.20 petang. Ketika ini saya dan keluarga sedang me­nunggu maklumat lanjut berhubung perkara itu daripada pihak berkuasa Thailand,” kata bapa penyanyi itu, Wan Ismail Wan Yusuf, 52, semalam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN