1,400 juadah berbuka puasa setiap hari kepada penuntut UMP

1,400 juadah berbuka puasa setiap hari kepada penuntut UMP

ABDUL AZIZ Abdul Rahman mengagihkan bubur lambuk kepada warga kampus di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang. - IHSAN UMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebanyak 1,400 bungkus juadah berbuka puasa disediakan setiap hari untuk penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) sejak 1 Ramadan lalu. 

Berbeza sebelum ini, tradisi iftar dalam talam di kampus hanya tinggal kenangan ekoran pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) wabak Covid-19 ditetapkan kerajaan. 

Diselaraskan di bawah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN), sukarelawan UMP yang terdiri dalam kalangan staf turut turun padang bagi menyediakan persiapan memasak mengikut giliran jabatan pada setiap hari. 

Baru-baru ini, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman hadir menyantuni petugas menyediakan juadah iftar dan memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada warga kampus. 

 Menurut Abdul Aziz, pengurusan universiti menghargai komitmen petugas yang dapat sama-sama menyumbang tenaga menjayakan program setiap kali menjelang Ramadan. 

 “Kali ini lebih bermakna setelah dua tahun tidak dilaksanakan disebabkan penularan wabak Covid-19,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Abdul Aziz dalam pada itu mengingatkan para petugas agar sentiasa menjaga keselamatan dan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan. 

 Beliau yang juga Pengerusi Yayasan UMP berkata, pihak PIMPIN meneruskan penyediaan dan pengagihan Iftar Ramadan kepada penuntut universiti tersebut di kampus Pekan dan Gambang sepanjang Ramadan ini. 

 “Sebanyak  RM170,000 sumbangan disasarkan bagi penyediaan juadah iftar secara percuma sepanjang Ramadan  ini,” katanya yang hadir bertemu dengan staf Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta  (PPPH) menyediakan menu  istimewa resepi Bubur Lambuk Enam Rasa  dan Opor Daging. 

 Yang turut serta Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rosli Hainin; Pendaftar UMP, Saiful Bahri Ahmad Bakarim; Pengarah PIMPIN, Profesor Madya Dr. Rashidi Abas dan Pengarah PPPH, Izwan Ismail. 

 Pelbagai program berlangsung dalam merancakkan bulan Ramadan antaranya  Ketuk-ketuk Sahur, Majlis Khatam Quran Hour, Ceramah Nuzul Quran, Kem Hafiz Ramadan, tarawih dan tadarus. 

 Orang ramai yang berhasrat  menyumbang kepada Tabung Ramadan boleh membuat sumbangan menerusi Akaun Yayasan UMP: 556235317085 (Maybank) Rujukan: Ramadan 2022 atau Tabung Ramadan di Masjid UMP Pekan dan UMP Kampus Gambang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya