Wang simpanan pelajar lesap, angkara perkhidmatan seks - Utusan Malaysia

Wang simpanan pelajar lesap, angkara perkhidmatan seks

MANGSA yang berasa dirinya ditipu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Wang simpanan seorang pelajar kolej sebanyak RM10,000 ‘licin’ selepas terpedaya dengan tawaran perkhidmatan seks dalam laman sosial Twitter, Sabtu lalu. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Deputi Superintenden Azmi Aziz berkata, mangsa berusia 18 tahun itu ditipu selepas tertarik dengan pakej perkhidmatan seks selama dua jam.

“Mangsa ternampak iklan tersebut di laman sosial Twitter dan menekan pautan untuk terus berhubung di akaun Telegram menggunakan nama @Xiaoai18.

“Mangsa kemudian ditawarkan pakej perkhidmatan seks pada harga RM300 untuk tempoh dua jam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, suspek memberitahu, bayaran perkhidmatan itu bagaimanapun perlu dibuat melalui tambah nilai kredit virtual Razer Gold.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa kemudian diminta untuk menunggu di hadapan sebuah kedai serbaneka di Batu Berendam pada hari sama, kira-kira pukul 1 petang.

“Seorang lelaki telah menghubungi mangsa memintanya membuat bayaran deposit tambahan sebagai cagaran supaya wanita terlibat tidak dicederakan. Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah membuat lima kali transaksi berjumlah keseluruhan RM10,000 ke dalam akaun diberikan suspek,” jelasnya.

Azmi berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas dia tidak dihubungi oleh wanita tersebut dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru pada Sabtu lalu.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya