UiTM meterai MOA, MOU dengan 18 pemain industri

UiTM meterai MOA, MOU dengan 18 pemain industri

SUHAIMI Abdul Talib (dua dari kiri) bergambar bersama sebahagian daripada 18 wakil syarikat yang memeterai MOA dan MOU dengan UiTM di Kolej Kejuruteraan di UiTM Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi Pejabat Jaringan Industri, Alumni dan Komuniti (ICAN), Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) memeterai 10 memorandum perjanjian (MOA) dan lapan memorandum persefahaman (MOU) bersama 18 pihak industri baru-baru ini bagi memberi nilai tambah kepada semua pihak yang terlibat dalam menonjolkan kepakaran masing-masing.

Kesemua pihak industri terbabit ialah AA 3D Shop, AANS Technical and Services Sdn. Bhd., Al Aafiyah International Sdn. Bhd., Cybersecurity Sdn. Bhd., 3D Gens Sdn. Bhd., EMB Business Sdn. Bhd., Ex Energy Sdn. Bhd., Kreatif Apps Sdn. Bhd. dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

MOU turut dimeterai bersama  Malaysia Timber Council (MTC), MTC Defence Sdn. Bhd., Nextgreen Pulp & Paper Sdn. Bhd., Pebble3D Sdn. Bhd., Rivo Builder Sdn. Bhd., Selia Tek Holdings Sdn. Bhd., Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC), Summit Features Sdn. Bhd. dan Techkem Group.

Pertukaran memorandum dilakukan oleh Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM, Prof. Suhaimi Abdul Talib yang mewakili Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Roziah Janor dan disaksikan oleh Dekan ICAN, Prof. Hamidah Mohd. Saman.

Dalam ucapan perasmiannya, Suhaimi berkata, UiTM menyasarkan kecemerlangan globalnya oleh dua tema strategik yang melibatkan Translasi Pembangunan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan (TRDIC) serta Perkongsian Pintar Industri, Komuniti & Alumni (ICASP). 

Katanya, ICASP akan menyediakan platform hubungan pintar bagi MOA yang berimpak tinggi, MOU serta inisiatif kerjasama yang bukan sahaja akan memanfaatkan hubungan bersama industri-universiti tetapi juga memupuk ekosistem holistik dalam mengubah peranan universiti dalam menyelesaikan isu komuniti seperti yang diketengahkan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs)

“Dengan termeterainya MOA serta MOU dapat sekali gus memberi nilai tambah kepada semua pihak yang terlibat dalam menonjolkan kepakaran masing-masing.

“Selain itu kepakaran staf juga dapat ditingkatkan di samping dapat memperkukuh, mempromosikan dan mengembangkan kolaborasi dalam bidang akademik, inovasi serta penyelidikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Suhaimi memberitahu, kolaborasi yang terjalin juga akan membuka prospek yang sangat luas bersama 18 pihak industri yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang merangkumi bidang pertahanan, teknologi percetakan 3D, farmaseutikal, internet of things (IoT), teknologi roket, perkayuan, pembuatan dan pembinaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya