Tun Mohd. Ali dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan USM 

Tun Mohd. Ali dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan USM 

MOHD. ALI MOHD. RUSTAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Yang Dipertua Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada 29 Mac ini.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail berkenan mempengerusikan sidang satu pada pukul 10.30 pagi di Istana Arau, Perlis.

”Sidang pertama ini adalah untuk meraikan penerima Ijazah Kehormat, Yang Dipertua Melaka, Mohd. Ali yang dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan (Honorary Doctor of Development Economics – Hon. D. Dev. Econs).

“Penganugerahan ini sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan universiti terhadap sumbangan beliau yang cemerlang dalam bidang ekonomi dan mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Upacara Konvokesyen ke-59 USM akan bermula pada 29 Mac ini (sidang satu) di Istana Arau, Perlis diikuti dengan sidang kedua hingga 12, bermula pada 21 Mei hingga 31 Mei di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM di sini.

Faisal Rafiq berkata, Mohd. Ali yang juga Alumni Terbilang USM terkenal dengan ketokohannya dan banyak menyumbang kepada aspek kemajuan ilmu, perkembangan dan penyebaran pengetahuan serta kepakaran.

”Pencapaian beliau telah membuktikan bahawa graduan dalam bidang Sains Sosial boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara secara menyeluruh,” katanya.

Dalam pada itu.katanya, Upacara Konvokesyen ke-59 itu turut meraikan sejumlah 6,706 graduan yang menerima ijazah masing-masing termasuk Ijazah Tinggi (Ph.D dan Sarjana-2,231), Ijazah Sarjana Muda (4,425) dan Diploma Kejururawatan (50).

“Upacara Konvokesyen ke-59 USM bagi Sidang Kedua hingga Sidang ke-12 pada Mei depan akan dipengerusikan oleh Pro-Pro Canselor USM iaitu Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A.Hassan; Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan Tan Sri Datuk Dr. M. Jegathesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya