Tiga lelaki terlibat penipuan ‘online’ diberkas - Utusan Malaysia

Tiga lelaki terlibat penipuan ‘online’ diberkas

POLIS menumpaskan sindiket penipuan dalam talian di sebuah kondominium mewah di Jalan Yap Kwan Seng.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga tempatan dalam serbuan di kondominium mewah di Jalan Yap Kwan Seng dekat sini.

Serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu turut menahan tiga lelaki berusia 19 hingga 33 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 28 telefon pintar dan pelbagai peralatan komputer yang dipercayai digunakan untuk melakukan penipuan dalam talian.

“Siasatan mendapati sindiket ini mensasarkan individu dari luar negara sebagai mangsa penipuan.

“Tiga lelaki yang ditahan dipercayai berperanan sebagai pencari maklumat mangsa di media sosial sebelum diserahkan kepada individu lain bagi tujuan penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Dellhan, sindiket itu telah beroperasi selama sebulan dan menjadikan kondominium mewah sebagai markas operasi mereka.

Jelasnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya