Tak perlu berbuka di luar - MB Kelantan

Tak perlu berbuka di luar – MB Kelantan

AHMAD Yakob menyempurnakan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Pembangunan Madinah Al- Salam, Mukim Tiong di Kota Bharu, hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Orang ramai tidak digalakkan berbuka puasa di tempat awam dan lokasi rekreasi seperti kelaziman setiap kali Ramadan kerana penularan Covid-19 belum lagi reda di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, walaupun jumlah kes jangkitan harian Covid-19 mula menurun, langkah berjaga-jaga perlu diambil rakyat bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga masing-masing.

“Dalam negara menuju ke Fasa Endemik, kita masih terikat dengan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung Covid-19 daripada menular.

“Sebaik-baiknya, beli makanan dan berbukalah di rumah. Kelantan sudah menurun kepada tiga angka (kes jangkitan), sabar sedikit lagi dan mungkin bila keadaan stabil, barulah kita mampu bebas seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Majlis Pecah Tanah Pembangunan Bandar Baharu Pintar, Madinah Al- Salam di Mukim Tiong, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, setiap kali Ramadan, rakyat Kelantan biasanya mengambil peluang berbuka puasa di lokasi popular seperti tepi Sungai Kelantan, Tambatan Diraja dan pantai-pantai peranginan.

“Sudah dua tahun berturut-turut lokasi terbabit lengang kerana kekangan pergerakan dan tahun ini, tiada lagi sekatan. Jadi kita menjangkakan akan ada yang ambil kesempatan bawa keluarga berbuka di sana,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN