Suspek tembak pengawal keselamatan diberkas - Utusan Malaysia

Suspek tembak pengawal keselamatan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan mengakibatkan seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini petang semalam.

Penahanan suspek berusia lingkungan 30-an itu dibuat di sekitar kawasan Shah Alam kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, siasatan awal dijalankan mendapati suspek bergerak secara bersendirian sebelum menyerang kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, suasana di sekitar kawasan Puchong Prima gempar apabila seorang pengawal keselamatan maut manakala rakannya cedera ditembak berhampiran sebuah bank.

Dalam kejadian itu, kedua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal van keselamatan yang membawa sejumlah wang tunai.

Bagaimanapun, suspek dipercayai telah yang menembak kedua mangsa sebelum meloloskan diri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya