SOP VTL dengan Singapura, Thailand, Kemboja diseragamkan - Utusan Malaysia

SOP VTL dengan Singapura, Thailand, Kemboja diseragamkan

mca
WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan memutuskan supaya prosedur operasi standard (SOP) kesihatan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui pengangkutan udara antara Malaysia dengan Singapura, Thailand dan Kemboja akan diseragamkan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, SOP itu dilaksanakan berasaskan kaedah ‘Test and Release’ di mana pengembara tidak perlu menunggu keputusan ujian Covid-19 semasa ketibaan lapangan terbang.

Menurutnya, pengembara hanya perlu menjalani pengambilan calitan (swab) ujian Covid-19 semasa ketibaan dan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke tempat penginapan masing-masing.

“Arahan itu seperti mana yang diisytiharkan dalam aplikasi MySejahtera Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dan pengembara kemudian akan menaiki kenderaan pengangkutan persendirian, teksi atau kereta sewa persendirian.

“Pengembara juga perlu mengasingkan diri sementara menunggu keputusan ujian Covid-19 yang akan diperoleh dalam tempoh 24 jam,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, setelah keputusan negatif diperoleh, pengembara akan dibenarkan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Jelasnya, jika keputusan positif diperoleh, pengembara tersebut akan mengikuti protokol kesihatan sedia ada yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Kementerian Pengangkutan memaklumkan, penyeragaman itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengembara VTL melalui udara yang memasuki Malaysia dan memudahkan aspek penguatkuasaan di lapangan terbang.

“Penyeragaman ini adalah terpakai untuk ketibaan pengembara VTL di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mulai esok.

“Butiran lanjut mengenai syarat pra-pelepasan dan kemasukan ke Malaysia yang telah dikemas kini selaras dengan penyeragaman ini boleh didapati di  laman web Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my,” katanya.

Penyeragaman SOP itu dibuat selari perancangan negara untuk memasuki Fasa Peralihan ke endemik pada 1 April ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya