Rumah, kenderaan dan khemah rosak akibat angin kencang

Rumah, kenderaan dan khemah rosak akibat angin kencang

POS Kawalan Tempat Kejadian di tapak runtuhan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai dekat Ipoh yang rosak dilanda ribut hari ini. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hujan lebat disertai angin kencang di beberapa kawasan di negeri ini petang tadi menyebabkan pokok tumbang dan meranapkan khemah peniaga bazar Ramadan di Medan Gopeng.

Dalam kejadian itu, beberapa rumah dan kenderaan dilaporkan rosak akibat dihempap pokok tumbang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan antara pukul 3.34 hingga 6.16 petang membabitkan kes pokok tumbang di Ipoh, Gopeng, Kampar dan Bidor.

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu

“Antara kawasan yang terlibat adalah  Greentown di sini, Kampung Gunung Panjang, Gopeng; Batu Karang, Kampar dan Kampung Poh, Bidor. Pasukan daripada balai bomba berhampiran dihantar ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan serta membantu mengalihkan pokok terbabit.

“Laporan yang diterima membabitkan kes pokok tumbang menghempap rumah dan kereta serta merintangi jalan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, khemah pasukan penyelamat di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di tapak kuari dekat Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini turut musnah akibat dilanda ribut.

Fenomena hujan batu juga dilaporkan berlaku di Medan Gopeng dan kawasan sekitar di mana video kejadian tular di media sosial melalui perkongsian warga maya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN