Rider nyaris dibaham Pak Belang 

Rider dakwa nyaris dibaham Pak Belang 

MOHD. Shafiq Mamat menunjukkan lokasinya bertembung dengan seekor harimau belang di Taman Bersekutu, Kampung Sura di Dungun, semalam. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pekerja penghantar makanan mendakwa nyaris dibaham harimau belang selepas selesai menghantar pesanan pelanggan di Taman Bersekutu, Kampung Sura di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu, Mohd. Shafiq Mamat, 27, bagaimanapun, menyelamatkan diri dengan memecut laju motosikalnya.

Katanya, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Permint dan terkejut melihat ‘Pak Belang’ selepas melalui sebuah jambatan.

“Saya panik apabila harimau yang berada di sebelah kanan jalan cuba menerkam dan tanpa berfikir panjang, terus memecut motosikal,” katanya di lokasi kejadian, hari ini. 

Mohd. Shafiq berkata, ketakutannya semakin bertambah apabila harimau itu mengejarnya sekali gus tidak henti berdoa agar terselamat daripada sebarang serangan.

Katanya, hingga kini dia masih trauma dengan insiden itu dan tidak menolak kemungkinan harimau berkenaan keluar dari hutan Bukit Bauk yang terletak berhampiran.

Terdahulu, perkongsian Mohd. Shafiq mengenai pengalaman ngerinya dikejar harimau belang tular dalam laman Facebook dan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika menggunakan laluan berkenaan terutama pada waktu malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.