JOHOR BAHRU: Peratusan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat masih rendah apabila hanya 29 peratus selesai menunaikan tanggungjawab mereka sehingga 12 tengah hari ini.
Angka itu hanya meningkat sedikit berbanding 22 peratus yang dicatatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 11 pagi tadi.
Waktu mengundi kini hanya berbaki lima jam sebelum kesemua 1,021 pusat pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 6 petang.
Seramai 2.53 juta pengundi layak memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu di kawasan masing-masing. – UTUSAN