PRN Johor: Lapor polis jika anda dihalang mengundi - Utusan Malaysia

PRN Johor: Lapor polis jika anda dihalang mengundi

Bahang PRN di enam negeri akan sampai kemuncak Sabtu ini. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat meminta individu yang dihalang  keluar mengundi oleh mana-mana pihak  pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini membuat laporan polis.

Menurut beliau, pihaknya akan terus melakukan pemantauan di seluruh negeri bagi memastikan perjalanan PRN  lancar.

“Beritahu polis, kita akan pastikan perjalanan pengundian ini dipantau dan berjalan dengan lancar. Kita boleh pantau daripada jumlah kehadiran keluar mengundi, apabila sudah tengah hari tetapi jumlah pengundi masih rendah, kita akan cari sebabnya, sama ada terdapat apa-apa halangan atau mereka dihalang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau proses pengundian awal PRN Johor di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Kata beliau, halangan berkenaan turut melibatkan situasi bencana seperti banjir kilat dan sebagainya.

“Sekarang ini cuaca selalu hujan dan dikhuatiri akan berlaku banjir kilat, jadi kita minta kerjasama daripada masyarakat untuk memaklumkan sebarang situasi yang mungkin menghalang penduduk keluar mengundi.

“Seperti hari ini hujan  dengan lebatnya pada awal pagi tadi menyebabkan proses pengundian bermula sedikit perlahan, namun selepas cuaca cerah ia kembali lancar,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan seramai 11,500 pegawai dan anggota serta pasangan mereka terlibat dalam pengundian awalmelalui 83 saluran pengundian yang dibuka di seluruh negeri.

“Di dalam IPK Johor ini sahaja melibatkan seramai 1,500 pegawai, anggota dan pasangan mereka,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya