PRN Johor: 46% setakat pukul 3 - Utusan Malaysia

PRN Johor: 46% setakat pukul 3

PETUGAS SPR membantu orang ramai pada PRN Johor di SMK Permas Jaya, Bandar Baru Permas Jaya. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Berlaku pertambahan peratusan keluar mengundi sebanyak enam peratus menjadikan purata keseluruhan 46 peratus, setakat pukul 3 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Waktu mengundi kini hanya berbaki beberapa jam sebelum kesemua 1,021 pusat pengundian ditutup secara rasmi pada pukul 6 petang.

Seramai 2.53 juta pengundi layak memilih 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu di kawasan masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN