PRN Johor : 369 permit diluluskan sejak Sabtu lalu

PRN Johor : 369 permit kempen, ceramah diluluskan sejak Sabtu lalu

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor meluluskan sebanyak 369 permit bagi mengadakan kempen dan ceramah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sejak hari penamaan calon pada 26 Februari lalu.

Jurucakap bagi PRN Johor Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 81 permit telah diluluskan, semalam.

Sementara itu, dalam tempoh sama juga, sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka melibatkan pelbagai kesalahan.

“Pada semalam sahaja, sebanyak empat kertas siasatan disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Ini menjadikan jumlah kertas siasatan yang dibuka bertambah kepada 13,” katanya dalam kenyataan hari ini

Beliau berkata, pihaknya menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong sentiasa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 dan peruntukkan undang undang yang telah ditetapkan semasa berkempen.

Tambahnya, mereka juga diminta memastikan kumpulan penyokong tidak mengganggu atau menghalang laluan lorong ketika sedang berkempen.

“Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada,” ujarnya. 

Semalam, ceramah yang dilakukan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di Bukit Permai, dekat sini dihentikan dengan alasan melanggar permit yang diberikan.

Menurut Naib Presiden Muda, Dr. Tanussha Xavier, permit telah diluluskan dan pihaknya turut mempunyai salinan asal kebenaran daripada pihak berwajib. 

“Alasan pemberhentian ceramah yang diberikan oleh pegawai penguatkuasa adalah berkaitan dengan lokasi ceramah terbuka yang kami anjurkan kerana dikatakan berada di luar bangunan premis dan bukannya di dalam bangunan.

“Apabila kami cuba berunding dengan menyatakan premis bangunan yang disewa sebagai bilik gerakan kami adalah termasuk pekarangan luar bangunan premis.

“Tetapi, intimidasi dari pegawai penguasa telah bertindak untuk menuntut agar kami mengemukakan akuan sewa bangunan premis yang kami rasakan adalah tidak relevan meskipun kami mempunyainya.

“Walaupun kami telah mematuhi segala SOP, memberi notis dan mendapatkan segala permit kelulusan daripada pihak berwajib, namun kami tetap juga dihalang berulang kali sedangkan layanan terhadap parti politik seteru seperti Barisan Nasional (BN) berlainan yang membolehkan penganjuran acara kempen berskala besar,” ujarnya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya