Polis siasat wanita ditampar rakan serumah memasak 

Polis siasat wanita ditampar rakan serumah kerana memasak 

wanita
MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara memasak di dapur, seorang wanita ditampar rakan serumahnya selepas mendakwa tindakan itu mengganggu tidurnya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Bandar Utama di sini itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan dari wanita berusia lingkungan 30-an itu yang mendakwa dipukul rakan serumahnya.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa sedang memasak didapur sebelum didatangi rakan serumahnya yang mendakwa bunyi memasak mengganggu tidurnya.

“Wanita terbabit kemudian menampar mangsa dan tindakan itu berkaya dirakam CCTV yang terletak di bahagian dapur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, rakan serumah mangsa sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.

Kelmarin tular video berdurasi 15 saat menunjukkan seorang wanita yang sedang masak ditampar rakan serumahnya.

Wanita itu turut memuat naik laporan polis dibuat dan memaklumkan rakan serumahnya mendakwa bertindak kemudian kerana bunyi bising yang mengganggu tidurnya.

Malah, rakan serumahnya itu turut menggunakan alasan mempunyai ‘anxiety’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya