Polis naik taraf sistem terima laporan

Polis naik taraf sistem terima laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis kini sedang menaik taraf perkakasan dan perisian pangkalan data penerimaan laporan polis iaitu Integrated Polis Reporting System (IPRS) ke versi terkini.

Kerja-kerja penyelenggaraan itu telah dijalankan secara berfasa bermula 19 Mac lalu.

Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Shukri Abdullah berkata, memo dalaman mengenai perkara itu telah diedarkan kepada semua formasi polis pada 15 Mac lalu.

Menurut beliau, ini agar persediaan diaturkan bagi sistem manual digunakan di mana-mana formasi yang mengalami kesukaran mengakses IPRS dalam tempoh penyelenggaraan tersebut.

“Proses menaik taraf pangkalan data ini adalah seperti mana yang telah ditetapkan di dalam kontrak penyelenggaraan sistem berkenaan demi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Pihak syarikat yang dilantik sedang menjalankan konfigurasi dan troubleshooting bagi isu-isu teknikal yang berbangkit ekoran proses migrasi data yang besar,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, Shukri berkata, sebarang kesukaran mengakses IPRS yang dialami merupakan gangguan sementara dan keseluruhan proses penyelenggaraan dijangka akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Ujar beliau, pihaknya mempunyai mekanisme proses kerja secara manual bagi memastikan kesukaran mengakses IPRS tidak menjejaskan penerimaan laporan polis.

“Orang ramai yang perlu membuat laporan masih boleh berurusan seperti biasa di mana-mana kaunter balai polis,” katanya.

Semalam tular di media sosial yang mendakwa IPRS bagi menerima laporan-laporan mengalami gangguan teknikal untuk diakses di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN