PICKids di Perlis kedua terendah selepas Kedah - Utusan Malaysia

PICKids di Perlis kedua terendah selepas Kedah

KANAK-kanak yang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Dewan CME, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis baru-baru ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Menjelang sesi pembukaan sekolah minggu depan, kadar suntikan vaksin dalam kalangan kanak-kanak melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di negeri ini masih rendah.

Setakat semalam, hanya 23.2 peratus ataupun 6,746 kanak-kanak di Perlis telah menerima vaksin iaitu di bawah Pahang  24.3 peratus dan di atas Kedah sekitar 19.9 peratus.

Suntikan vaksin tersebut hanya melibatkan dos pertama kerana belum ada lagi yang lengkap dos kedua memandangkan tidak sampai tempoh lapan minggu daripada dos pertama.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, dianggarkan 29, 300 orang kanak-kanak berumur lima sehingga 11 tahun di negeri ini layak menerima suntikan vaksin Covid-19.

Justeru, beliau menyarankan ibu bapa agar segera mendaftarkan anak-anak mereka melalui sistem MySejahtera bagi memudahkan proses vaksinasi tersebut.

“Mereka boleh mengikut janji temu yang diterima sama ada melalui MySejahtera ataupun melalui pihak sekolah dan juga boleh membawa terus anak-anak ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Masjid Alwi, PPV Kubang Gajah atau PPV Klinik Kesihatan Kampung Gial secara ‘walk-in’.

“Bagi mereka yang masih tidak pasti untuk mengambil suntikan, pastikan data dan informasi yang diperolehi adalah tepat dan daripada sumber yang betul,” katanya.

Tambahnya, proses vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak itu hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat persetujuan ibu bapa.

“Fokus sekarang adalah untuk meningkatkan kesedaran agar kanak-kanak ini mengambil suntikan dengan segera,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN