PGA bantu cari pendaki warga emas hilang

PGA bantu cari pendaki warga emas hilang

UNIT Anjing Pengesan (K9) bomba digunakan dalam operasi mencari pendaki warga emas di Puncak Jelapang, Ipoh hari ini. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas yang memasuki hari kedua hari ini diteruskan dengan disertai 11 pegawai dan anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil berkata, operasi yang bermula pukul 8 pagi itu membabitkan 45 orang daripada pelbagai agensi dan dibantu 35 rakan mangsa dari pasukan pendaki, Harrier House.

“Operasi pagi ini diteruskan dengan pencarian dibahagikan kepada dua sektor iaitu sektor A di lokasi kali terakhir mangsa dilihat dan kawasan kebarangkalian dia terjatuh. Sektor B pula meliputi laluan alternatif kedua kepada pendaki yang mungkin digunakan mangsa selain pencarian di kawasan cerun dan tebing tinggi,” katanya di sini hari ini.

Menurut Sharudi, dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) bomba digunakan dalam operasi tersebut.

“Selain bomba dan PGA, operasi melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Chemor dan Harrier House,” katanya.

Kehilangan mangsa, Lau Sam, 84, disedari ahli kumpulannya sekitar pukul 6.30 petang semalam, setelah didapati tidak tiba di kaki bukit. Mangsa yang menyertai pendakian bersama tujuh rakannya itu seorang yang mahir dalam aktiviti tersebut dan telah biasa datang ke lokasi berkenaan.

Kali terakhir mangsa dilihat saksi adalah pada ketinggian 285 meter dari aras laut ketika sedang menuruni bukit.  – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN