Perompak solo tembak mati pengawal keselamatan direman - Utusan Malaysia

Perompak solo tembak mati pengawal keselamatan direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang melakukan rompakan secara solo dan menembak mati seorang pengawal keselamatan milik sebuah syarikat membawa wang berhampiran sebuah bank di Puchong Prima dekat sini semalam  direman seminggu bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek berusia 38 tahun itu dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini untuk mendapat perintah tahanan reman selepas ditahan di Seksyen 24 di Shah Alam. 

Menurut beliau, mahkamah kemudian membenarkan suspek direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjatapi Lebih Berat 1971.  

“Polis percaya dengan tertangkapnya suspek akan dapat menyelesaikan beberapa kes lain di Subang Jaya dan Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Utusan Malaysia malam tadi melaporkan seorang lelaki yang disyaki merompak dan menembak mati pengawal keselamatan berjaya ditahan polis di Seksyen 24, Shah Alam dekat sini. 

Siasatan awal mendapati suspek melakukan rompakan secara bersendirian dan berjaya merampas satu karung wang daripada pengawal keselamatan sebelum melarikan diri dalam kejadian pada 5.50 petang. 

Dalam kejadian tersebut seorang lagi cedera dan sebelum kejadian, kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan sedang mengawal keselamatan van yang dipercayai membawa sejumlah wang tunai.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya