Perlis catat RM26.84 bilion jumlah pelaburan kasar

Perlis catat RM26.84 bilion jumlah pelaburan kasar

AZLAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Kerajaan negeri mencatatkan pelaburan terkumpul kasar berjumlah RM26.84 bilion sejak berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, jumlah tersebut mengambil kira projek yang telah, sedang dan akan dilaksanakan menerusi pelaburan asing dan domestik di negeri ini.

Katanya, beberapa pelabur komited untuk menyertai pembangunan di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Perlis Inland Port (PIP) dan Chuping Agro Valley selain beberapa projek berimpak tinggi dipantau dalam Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi dan Pemantauan Projek yang bernilai RM26.84 bilion.

“Menurut laporan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), pelaburan dalam pelbagai sektor ekonomi di Perlis merangkumi 20 projek dan pelaburan domestik RM281 juta manakala antarabangsa pula berjumlah RM850,000.

“Selain itu, kerajaan negeri juga meluluskan inisiatif rangsangan negeri merangkumi pengurangan premium tanah, kaedah bayaran cukai tanah berjadual, keputusan dasar Majlis Mesyuarat Kerajaan mengenai pelaburan swasta dalam tempoh singkat,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Datuk Ismail Kassim (BN-Tambun Tulang) mengenai langkah-langkah segera yang diambil kerajaan bagi menggalakkan kemasukan modal langsung asing ke negeri Perlis dan sejauh mana pencapaian kerajaan negeri selepas PKP berakhir.

Tambah Azlan, kerajaan negeri juga menawarkan pengurangan cukai taksiran dan bayaran lesen bagi sektor pergudangan dan pembuatan bagi pelabur baharu.

Katanya, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) turut komited menarik pelabur luar dan dalam negeri dengan menawarkan Pakej Galakan Cukai NCERn(NYax) dan Pakej Rangsangan Insentif Pasca-Covid-19.

“Salah satu daripada pelaburan tersebut adalah penglibatan syarikat Baladna dari Qatar yang bekerjasama dengan FGV Berhad dan Felcra bagi membangunkan ladang lembu tenusu dengan jumlah pelaburan bernilai RM4 bilion.

“Susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke pusat tenusu milik Baladna di Qatar baru-baru ini, akhbar melaporkan hasil pelaburan ini akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan, 208.8 juta liter susu dan kira-kira 14,000 ekor lembu akan diternak.

“Selain itu, ada perancangan menyediakan aktiviti industri hiliran selain FGV sendiri mewujudkan ladang jagung untuk ternakan seluas 2,000 hektar, nenas MD2 dan tumbuhan Jurusalem Artichoke di sana,” katanya.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya