Pengundi tidak ghairah pulang seperti PRU14 - Hishammuddin - Utusan Malaysia

Pengundi tidak ghairah pulang seperti PRU14 – Hishammuddin

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Jumlah pengundi yang pulang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini tidak seghairah ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Bendahari Barisan Nasional (BN) berkata, meskipun belum menerima laporan penuh tetapi setakat semalam angkanya tidak terlalu ramai.

“Tidak lah ramai seperti dahulu (PRU-14), mereka ghairah kembali (pulang). Tetapi semua itu hak mereka, kita tak boleh sekat kita tak boleh paksa kerana mengundi hak individu.

“Jadi sama ada mereka balik undi siapa atau tidak balik, masa untuk berkempen telah berlalu, hari ini hendak mengundi sahaja,” katanya selepas selesai mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak di sini.

Sementara itu, beliau berkata, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku khususnya di Paloh dan Kahang menjelang saat akhir kempen PRN Johor yang melabuhkan tirai pada pukul 11.59 malam tadi.

Hishammuddin berkata, beliau bersyukur kerana proses demokrasi itu dihormati dan berjalan lancar dan teratur.

“Ini penting kerana proses demokrasi mesti kita benarkan semua menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Kalau itu dapat diteruskan sehingga ke akhir hari ini saya bangga dan amat berterima kasih kepada semua petugas di pusat-pusat mengundi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN