Pengawal keselamatan maut, rakan cedera dipercayai ditembak - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan maut, rakan cedera dipercayai ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengawal keselamatan maut manakala rakannya cedera dipercayai ditembak berhampiran sebuah bank di Puchong Prima di sini hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal van keselamatan yang membawa sejumlah wang tunai.

Sumber berkata, suspek kemudian menembak kedua mangsa sebelum meloloskan diri.

“Bagaimanapun siasatan masih dijalankan,” katanya.

Sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN