Pendapatan minimum pekerja GLC, GLIC RM1,500 - Ismail Sabri

Pendapatan minimum pekerja GLC, GLIC RM1,500 – Ismail Sabri

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan komited dalam memastikan setiap pekerja tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibayar sekurang kurangnya RM1,500 sebulan.

Ismail Sabri berkata, pendapatan minimum ini penting dalam sektor swasta bagi membantu pekerja menangani cabaran kos sara hidup, terutamanya bagi pekerja yang berpendapatan rendah.

“Tahap pendapatan minimum ini wajar diamalkan oleh sektor swasta bagi membantu pekerja menangani cabaran kos sara hidup, terutamanya bagi pekerja yang berpendapatan rendah.

“Sehubungan itu, kerajaan komited untuk memastikan pekerja tetap syarikat GLC dan GLIC dibayar sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan. Diharap syarikat korporat lain akan turut meneladani usaha ini,” katanya dalam Majlis Pelancaran Hari Terbuka GLC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya