PDRM pantau sempadan menjelang 1 April

PDRM pantau sempadan menjelang 1 April

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memastikan pemantauan rapi  dilaksanakan di  kawasan sempadan negara menjelang pembukaan pintu sempadan 1 April ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata,  langkah tersebut dibuat sebagai persediaan rapi dengan sebarang kemungkinan atau ancaman jenayah.

Justeru, katanya, tumpuan diberikan di kawasan utara dan  Pantai Timur Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.

“Kita juga akan melancarkan program  di Kota Bharu, Kelantan dan Kedah oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa polis telah bersiap sedia untuk menangani apa juga perkara yang timbul susulan pembukaan sempadan ini,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran buku Jenayah Siber di Malaysia di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan  (NATSEC) Asia 2022, di sini semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April.

Ismail Sabri dilapor berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dan pandangan Kementerian Kesihatan serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN