[PARLIMEN]: Luaskan bantuan Keluarga Malaysia pada mangsa banjir di Kelantan & Terengganu - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Luaskan bantuan Keluarga Malaysia pada mangsa banjir di Kelantan & Terengganu

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk melanjutkan skim bantuan Keluarga Malaysia yang diagihkan di negeri-negeri yang dilanda banjir Disember lalu kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas-Pas) berkata, banjir berlaku di luar jangkaan dan penduduk di kawasan terjejas tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda mereka.

“Sekarang juga, kita tengok masih lagi mangsa-mangsa dipindahkan. Lebih menyedihkan ada yang memerlukan rawatan dialisis dan positif Covid-19. Perkara ini berlaku malam kelmarin dan rumah mereka ditenggelami banjir, harta benda musnah, kenderaan rosak dan kesemua ini memerlukan kos baik pulih yang tinggi.

“Saya mencadangkan kerajaan memanjangkan skim bantuan bantuan bencana banjir Keluarga Malaysia pada semua mangsa banjir termasuk di Kelantan dan Terengganu.

“Skim ini turut merangkumi bantuan wang hhsan, bantuan pembelian barangan keperluan rumah serta barangan elektrik dan rebat elektrik. Turut diperlukan adalah rebat baik pulih atau penggantian kenderaan yang rosak akibat banjir,” jelasnya hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya