JOHOR BAHRU: Kegagalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calon menteri besar lebih awal seolah-olah tidak mempercayai 56 calon diketengahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, malah tindakan Muhyiddin mengumumkan dirinya sebagai penasihat ekonomi Johor jika PN menang pada 12 Mac ini juga memberi isyarat tiada keyakinan dalam kalangan calon PN bertanding.…










