Melaka ada 2,332 hektar tanah terbiar

Melaka ada 2,332 hektar tanah terbiar

PERSIDANGAN Kedua Penggal Pertama DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - FOTO/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka mempunyai sebanyak 1,915 lot tanah terbiar dengan keluasan mencecah 2,332.30 hektar di ketiga-tiga daerah di negeri ini.

Mendedahkan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, definisi tanah terbiar merujuk kepada tanah darat atau sawah berkeluasan minima 0.4 hektar yang tidak diusahakan selama tiga tahun berturut-turut.

Katanya, Jabatan Pertanian negeri telah mengenal pasti 871 lot tanah terbiar di Melaka Tengah, diikuti dengan Alor Gajah sebanyak 832 lot dan Jasin 212 lot.

Jelasnya, meskipun menyedari potensi kawasan tersebut untuk bidang pertanian dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Melaka, kerajaan negeri dan pihak berwajib tidak boleh membangunkannya tanpa kebenaran pemiliknya.

“Untuk kita Jabatan Pertanian membangunkan kawasan terbiar ini, kita harus mendapat persetujuan bersama dengan pemilik tanah. 

“Kalau kita memberi nasihat kepada pemilik-pemilik tanah terbiar ini, sekiranya mereka tidak bersetuju untuk dibangunkan pertanian, tidak ada mana-mana peruntukan undang-undang yang membolehkan kita memaksa mereka,” katanya ketika sesi jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Seri Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian untuk menjawab soalan Zulkiflee Mohd. Zin (BN-Taboh Naning) berhubung isu tanah terbiar di Melaka, khususnya dalam kawasan DUN Taboh Naning.

Tambah Abdul Razak, bagaimanapun pihaknya sentiasa komited menjadi pemudah cara kepada pihak-pihak yang berminat untuk membangunkan kawasan terlibat terutamanya dalam sektor pertanian.

“Kita menjadi pemudah cara di antara pengusaha dan juga syarikat yang berminat, supaya kita jadikan, seperti kita tahu dalam ucapan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali. 

“Telah menyatakan satu-satunya sektor yang KDNK menjadi penyumbang kepada ekonomi semasa pandemik adalah pertanian,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN