Manifesto Muda, PH tidak bercanggah

Manifesto Muda, PH tidak bercanggah

AMIRA  Aisya Abd. Azi (tiga kanan) bersama calon parti Muda menunjukkan Tekad Muda pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Muda di Casa Casadria, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Manifesto Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang dinamakan Tekad Muda tidak bercanggah dengan Tawaran Tindakan Pakatan Harapan (PH) Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd. Aziz berkata, hal itu kerana pada dasarnya kedua-dua manifesto itu berkongsi prinsip asas sama.

Sehubungan itu, katanya, sekiranya kerjasama Muda dan PH berjaya membentuk kerajaan, mereka bersedia berunding bagi mencapai kata sepakat yang menguntungkan kedua-dua pihak.

“Rundingan berdasarkan prinsip menang-menang. Muda masuk ke PRN Johor ini dengan semangat untuk bekerja demi rakyat dan menubuhkan kerajaan negeri dengan PH.

“Manifesto kami tidak bercanggah dengan manifesto PH, manakala majoriti daripada intipatinya menyaksikan kami berkongsi prinsip yang selari seperti menolak rasuah, elaun peruntukan sama semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) serta akta anti lompat parti,” katanya.

Amira Aisya berkata demikian dalam sidang akhbar selepas pelancaran Tekad Muda yang disempurnakan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara dalam talian di Bilik Gerakan Muda Johor, Taman Eco Cascadia, di sini hari ini.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, lima tekad yang diumum pihaknya itu dibuat bersandarkan suara rakyat negeri ini yang mahukan perubahan positif dalaman pentadbiran kerajaan negeri baharu.

“Lima tekad tersebut adalah membina Johor dengan kepemimpinan bertenaga dan pantas, mengamalkan demokrasi pro-rakyat, membela golongan pertengahan (M40), merapatkan jurang kelas masyarakat dan kemajuan ekonomi untuk semua. Tekad Muda itu menjadi fokus kepada kerjasama politik Muda dengan PH kerana sedar adalah mustahil untuk menubuhkan kerajaan negeri dengan hanya tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Namun dalam masa sama, sekiranya hal menubuhkan kerajaan negeri, Muda bertekad menjadi pembangkang yang konsisten dan paling lantang bersuara untuk melaksanakan semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan negeri,” jelasnya.

Dalam pada itu, antara intipati Tekad Muda adalah untuk menyelesaikan masalah hartanah tidak terjual secara pembelian pukal oleh kerajaan negeri dan menubuhkan Majlis Rakyat di peringkat DUN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya