Macau Scam: 557 kes dalam dua bulan

Macau Scam: 557 kes dalam dua bulan

MOHD. KAMARUDIN MD. DIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) tidak menjalankan siasatan pengubahan wang haram atau Macau Scam melalui panggilan telefon semata-mata. 

Pengarah JSJK, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, dalam tempoh dua bulan ini, pihaknya menerima sebanyak 557 kes penipuan Macau Scam manakala bagi tahun lalu adalah kira-kira 1,585 kes. 

Beliau berkata, antara modus operandi sering digunakan sindiket dengan dakwaan penglibatan mangsa dalam siasatan kes pengubahan wang haram. 

“Diingatkan bahawa siasatan kes jenayah pengubahan wang haram dikendalikan Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram dan saksi berkaitan dikehendaki ke hadir ke bahagian siasatan atau mana-mana balai polis. 

“Pihak polis tidak sewenangnya membekukan atau menyita akaun bank milik sesiapa pun,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, menurut beliau, tindakan tersebut hanya akan dilakukan setelah siasatan dijalankan menemui bukti dan keterangan yang benar-benar mencukupi.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai yang menerima panggilan meragukan dinasihatkan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. 

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN